Book Details

Publisher
Nuqilan Hub
Publication Date
April 9, 2026
Format
A6, Paperback
Pages
350
Weight
0.45KG
ISBN
9 786299 451907
Language
Bahasa Melayu
Category
Non-fiction

Book Preview

Sample Pages

Di tengah perjalanan, aku terserempak dengan sepasang warga emas dari negara luar. Wajah mereka lelah, tubuh membongkok sedikit ketika berehat di tepi laluan, tercungap-cungap berusaha menarik nafas yang seperti tidak pernah cukup.
Aku tengok betapa susahnya orang-orang ini berusaha juga untuk membuat lontaran sendiri di jamrah. Hanya simpati yang aku dapat hulurkan. Perjalanan ke Jamrah masih lagi jauh kehadapan. Melihat semua ini, aku teringat kembali bayangan yang selalu singgah setiap kali aku berada di Tanah Suci. Aku sering membayangkan, alangkah indahnya jika Makkah ini seperti Switzerland yang dikelilingi gunung-ganang, hijau segar dan udara sejuk. Betapa nyamannya untuk beribadah dalam suasana begitu. Namun kini, di hadapan mataku sendiri, aku melihat jawapannya. Itu bukan apa yang dicari oleh para jemaah ini. Mereka datang bukan untuk mencari keselesaan, bukan untuk mencari kecantikan fizikal. Mereka datang membawa hati yang rindu, mencari redha Allah, tidak peduli betapa teriknya panas, betapa sulitnya jalan, atau betapa rapuhnya tubuh mereka.

173

Sewaktu kami berada di situ, ada suara menyapa kami dari sisi. “Orang Indonesia?” tanya seorang lelaki. Dia berdiri di sebelah seorang wanita, yang aku duga adalah isterinya. Pasangan suami isteri itu kelihatan sudah berumur, mungkin dalam lingkungan tujuh puluhan. Si isteri duduk di atas kerusi roda. Si suami berdiri di sisinya. Dia tampak uzur, tubuhnya sedikit membongkok. Aku perhatikan si suami masih lagi memakai pakaian ihram—tanda bahawa mereka mungkin baru sahaja selesai melakukan tawaf. Pandanganku kembali kepada si isteri yang duduk diam di kerusi roda, dan aku mula menduga. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana hendak ke tempat sa’ie. Tetapi kemudian, sesuatu yang dia katakan membuat aku terhenti. Rupa-rupanya, mereka bukan baru sampai di kawasan itu. Mereka telah berada di situ sejak waktu Maghrib semalam. Lebih dari dua belas jam mereka menunggu, tidak tahu bagaimana hendak keluar dari masjid untuk kembali ke hotel.

114

Book Overview Audio

Listen to a brief overview of the book narrated by the author

Available On

Get this book in your preferred format from these platforms

Physical Book

Get Your Physical Copy

Order the physical book directly from us via WhatsApp. We offer fast delivery throughout Malaysia and international shipping options.

RM35.70
WhatsApp QR Code
Order Now via WhatsApp

About This Book

Ikutilah perjalanan Haji bersama kami – bermula dari waktu persiapan di tanah air, detik-detik di Makkah, langkah-langkah awal tawaf, seharian di Arafah, persinggahan di Muzdalifah, malam-malam di Mina, sehingga renungan terakhir di Masjid Nabawi. Hayati pengalaman ini melalui mata seorang insan biasa – sebuah kisah yang mungkin pernah, atau suatu hari nanti akan, beriringan dengan kisahmu.

ARA merupakan nama pena yang terbentuk daripada huruf awal nama penulis. Manis adalah nama neneknya. Beliau ialah seorang pesara yang kini menulis demi merealisasikan impian yang sekian lama tertangguh. Berkelulusan PhD dari University of Leeds, UK, beliau menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dan sarjana di Amerika Syarikat. Buku keduanya, Summons of the Langkawi Dream, bakal diterbitkan tidak lama lagi.